SEMOGA TERHIBUR OK...
Friday, October 3, 2008
Wednesday, October 1, 2008
VIDEO LINDA & ANAK YATIM
ADA LAGI DUA VIDEO BELUM UPLOAD...TUNGGU YAA
Posted by
lindaonn77
at
4:23 AM
SELAMAT HARI RAYA..
SELAMAT HARI RAYA LINDA UCAPKAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA..SEMOGA HARI RAYA KALI INI MEMBERIKAN ERTI PADA KITA...
Posted by
lindaonn77
at
3:52 AM
LINDA MANJAKAN DIRI
Sekarang ni,Linda ada banyak masa terluang. Dulu,masa Linda banyak dihabiskan untuk orang lain. Such a waste of time ! Tapi sekarang,tak peduli apa terjadi kat sekeliling,Linda utamakan manjakan diri.
Antaranya,penjagaan kulit dan badan. Setiap minggu Linda pergi urut badan,scrub,mandi susu,sauna,facial,treatment kulit,mani-pedicure dan semalam , Linda pergi treatment kaki. Best! Tapi geli sikit lah...
Sebelum pergi treatment,Linda dan Mona (kawan) merayap kat IKEA dulu...
Lepak jap...
Rewind...sebelum ke IKEA , lepak kat rumah Mona dulu,main piano.. Linda taklah pandai main piano tapi adalah jugak bunyi lagu 'Love Story'...hehe..
OK,lepas penat shopping,masa untuk manjakan diri. Treatment kulit kaki... Mula-mula bersihkan..
Lepas tu sapu krim ni....
Aaaa....kaki I kena balut you.... Ini namanya mask kaki...
Ni muka tengah tahan geli....hehe
OK,treatment kaki dah selesai...Balik rumah,jadi anak dara yang baik...tolong ibu buat kuih raya ye... Baiklah bu.... kekeke...
Sebenarnya Linda ni tak lalu makan kuih (kecuali tart nenas) . Sebab tu,Linda tak kisah sangat bab-bab kuih ni. Tapi kalau suruh Linda masak Tomyam ke,Pindang Serani,Singgang,Asam Rebus,Asam Pedas,Steak,Chicken Chop dan makanan kegemaranku yang tak sempat disenaraikan...sure laju je Linda buat! Tapi kalau kuih dan kek....errr....I don't like laaa...
Posted by
lindaonn77
at
3:50 AM
LINDA & BABY BARUKU
Akhirnya...Linda selamat melahirkan....hehe... (berangan!) . OK..Ok...serius....Akhirnya kawan baik Linda selamat melahirkan.
Ingat tak blog Linda yang sebelum ni? Yang Linda pergi melawat kawan Linda yang sarat mengandung kat hospital tu. Pada 17 Sept 2008 , baby ni keluar...dan dinamakan Azmyna Faiqah. 'Anak Nuzul Quran'.
Gambar ni,waktu baby baru berusia 7 jam... Belum apa-apa,Mummy Linda dah ajar sesi fotografi.
Keciknya budak ni... Comel sangat ! Dah besar esok,jadi anak yang solehah ye...
Ingat mummy Linda je suka amik gambar background ada bunga ? Faiqah pun laaaa.... Gelang tu,Linda beli untuk baby sebagai kenangan...
Ya Allah,bilalah nak kiss anak sendiri ni.... Auwww,tak sabar I.... kekeke ....
Ibu dan ayah yang sangat bahagia.... Congrats Nomma and Azry !
Posted by
lindaonn77
at
3:47 AM
LINDA & ANAK YATIM
Syukur,Alhamdulillah...Tahun ni ,sekali lagi Linda dapat meraikan anak-anak yatim di bulan Ramadhan Al Murabak. Kali ni,Linda jemput anak-anak dari Asrama Baitul Ummah untuk menjamu selera di My Mom's Chicken Rice,Ampang Point.
Ramai yang datang....wartawan,kenalan,termasuklah artis-artis. AntaranyaHans Isaac,Dafi,Nubhan,Nikki & Cicakman ! Linda pun bersyukur jugak sebab dalam masa kurang satu minggu,Linda berjaya mengumpul RM6000 dari kawan-kawan untuk didermakan kepada Asrama ni.
Pagi tu,sebelum Linda pergi ke ERA,Linda sempat pasang PA system (sistem bunyi) kat restoran untuk majlis petang tu. Hehe...nak jimat. Bayangkan,sekali tempah PA system cajnya ialah RM500. Linda beli PA system sendiri hanya RM3500 danLinda boleh guna PA system ni sampai bila-bila...Jimatkan ??
Huh...Bertungkus lumus makcik....
Mula-mula cucuk tang tu...lepas tu cucuk tang ni.... Jangan salah cucuk! Takut meletup !
Aaaa...bawah ni,dah start dah...Sebelum acara bermula, bacaan doa yang paling penting....Terima kasih Ustaz Effendi.. dan Khairil (jadi pengacara majlis)...Ibu..Ayah...
Buka puasa dulu ye...jemput minum. Mulut siapa yg melekat kat tangan Linda tu?
Syyyy...tengah berucap....
Linda,Jovian,Ibu,Ayah dan Mummy Khaty...dengan boy comel (dah besar sure hensem) ...
Pemberian beras sebagai simbolik kepada Mummy (Puan Jamilah) penjaga anak-anak dari Asrama ni... Doakan Linda ye Mummy...
Happy adik-adik ni dapat jumpa Cicakman...Lebih happy lagi bila Cicakman kasi duit raya !!! Akakkkkkk pun happy jugak..hehe. Bawah ni , Mak Aji amik gambar dengan Cicakman.
Linda dah dapat pasangan berduet yang baru... :-) Thank you Nubhan ! Sedap suara .... Kita nyanyi lagu Seloka Hari Raya...
Oh Hans Isaac... :-) Hensem kan ? I like ! Thank you Hans!
Aaaa...dah dapat duit raya kena belajar rajin-rajin ok !
Si cilik.... comel..
Semoga keceriaan adik-adik dari Asrama ini dapat menghadiahkan keceriaan kepada Linda di hari yang mendatang....Ameen....
InshaAllah,tahun depan,kalau cita-cita Linda tercapai untuk francaiskan My Mom's Chicken Rice Sdn Bhd ke seluruh Malaysia dan kalau rezeki bertambah,Linda akan buat majlis yang lebih hebat lagi untuk anak-anak yatim ni.. Salam Ramadhan...
Posted by
lindaonn77
at
3:41 AM
LINDA BERBUKA DENGAN L.O.O.K
Bulan Ramadhan ni adalah bulan yang paling busy gilerr untuk Linda...nasib baik tak gilerr..hehe..
Ada saja aktiviti setiap hari. Hari tu(17 September 2008) ,Linda sempat berbuka puasa dengan ahli-ahli Linda Onn's Orange Kad (LOOK) . Sebenarnya time tu , Linda kena migrain teruk sangat....sorry lah eh kalau muka time tu nampak macam 'blur' je..hehe...
Gambar kat bawah ni ....muka-muka kekenyangan...Burrpppp....
Bersama famili bahagia....
Bawah ni adalah orang kuat LOOK....nampak kuat kan semua ? hehe.. I like ! Tq guys !
OK guys,terima kasih daun keladi...kalau sudi datang makan lagi ye...
Selamat menjalani ibadah puasa dan Selamat menyambut Aidilfitri...
Posted by
lindaonn77
at
3:31 AM
