Sunday, November 9, 2008

SEKITAR RAKAMAN SEHATI BERDANSA

Jadual Linda sekarang memang padat. Mana yang nak bukak cawangan restoran baru,nak launch restoran sedia ada,nak jadi duta produk baru,nak cari boyfriend baru...ehem..eerrrr...(tu pun termasuk dalam senarai jadual ke?)....sudah semestinya !! ....dan banyak lagi lah.

Setiap hari Khamis,Linda perlu berada di studio 1,Astro seawal jam 4.30 ptg untuk rakaman Malam Sehati Berdansa. Siarannya ialah pada hari Sabtu , 9 malam di ASTRO RIA. Pada hari Ahad pulak , Linda dah siap-siap set rambut seawal jam 12 tengahari untuk rancangan 'live' Debaran Sehati Berdansa,pada pukul 9 malam.

Yok ! Linda bawa u all ke alam rakaman Sehatiiiiii Berdansaaaaa !!

Bawah - Kali ni,minggu ke-3 Sehati Berdansa..temanya ialah Street Dance / HIp Hop. So,Linda pun bergaya ala rapper...hehe...Check this out ! Ganas takk...ahauuuwww...

Linda nak ucapkan terima kasih kepada Nazri (mekap artis ASTRO) yang memang pandai mekap dan rajin. Tengok ni. Muka Linda ditampal berlian dengan huruf L-O."Errrr..Nazri,ni bukan susuk kan?" hehe...Manalah tau,kot-kot Swarovski ni termasuk pulak ke dalam muka.. Ish...

Memang di awal rancangan ni , Linda jadi rapper kejap.Ingat tak lagu 'Urban di Era bersama Lindaaaa'...? Kali ni,lagu ni diubah liriknya untuk Sehati Berdansa. Ni first time Linda rap & nyanyi kat TV tau... :-) Malu tau...

Ingat pasangan Sehati Berdansa je ada stunt? Linda pun ada tauuu...Ni,Linda terjun dari tingkat 3 tangga...hehe...senak kejap perut !

Cuba cari - mana satu Linda? Nama pun street dance... Ni wa lepak dengan member-member wa laaa ni... Wassup bro ! Apa di atas bro ?!

Cakkk !!

Pasangan Amyza & Khairil....I tell uuuu....macam Beyonce dan Jay z...Enjoy giler tengok diorang dance. Up ! Up! Bangun ! Show dah habis !

"Seterusnya...kita dengar apa komen juri..." Ni Linda tgh dgr komen juri..

Ni lah dia penyokong2 kuat Amyza dan Khairil...

OK,show dah tamat. Ni sesi bergambar dengan penonton. Hehe...diorang nak amik gambar dengan Missy L-O ... L to da O Helloooooo !!

Next..

Penat senyum. Gambar ni kita takyah senyum ye dik...

Next....

Next....

OK Linda! Kembalilah kamu ke alam realiti ! Buang topi..buang imej rap. Pakai cermin mata,bawak kereta sorang2 balik rumah. Awak tu dah ler rabun....kekeke... Peace and Out !!

OK,jom tengok gambar pada minggu kedua pulak . Bawah ni tengah bincang dengan penulis skrip SB.

Bersama Sasha dan Salyo !!

Bawah - Linda Jasmine dan Hamzah....juri tetap Sehati Berdansa....

Amyza,Khairil dan koreografer mereka ...

Garang sehhh muka Jamal Jamaluddin.....Takut ah!

Bawah ni pulak , pasangan pengantin baru...Khai dan Rosma....

Ni penghujung Debaran Sehati Berdansa....selepas diumumkan peserta yg tersingkir...

Hmmmm.....kami akan merindui anda berdua... Sharil Arsat dan Noraini tersingkir di minggu kedua.. Dahhh tak dapat tengok pemain bola beraksi... :-(

Teruskan sokongan untuk Sehati Berdansa...dan jangan lupa mengundi !! Bye!

TEMUJANJI BERSAMA LINDA

Tertunai sudah hajat Linda untuk makan malam bersama pendengar ERA. 5 pendengar yang terpilih adalah pengirim sms yang terbanyak ke 32555 (TJLINDA) .

Kitorang makan atas kapal. Naik Cruise Tasik Putrajaya .... seronok ! Rasa macam berada kat luar negara je. Acara bermula jam 8 malam dan tamat lebih kurang jam 10.30 malam.

Jom , kita tengok gambar Linda bersama Eka,Kak Enn,Ima,Fakri dan Fadli di atas kapal..

Bawah- Ahauuuw...meja dah siap...tunggu tetamu je.. lapar sehhh....

Sebelum makan , amik gambar dengan orang-orang kuat Cruise Tasik Putrajaya...

Bawah - tengah sabar menanti makanan tiba....

Aiaikapten....

OK, makanan dah sampai...makan jom !!

Linda makan ikan Salmon...dengan olive oil...sedapnya....

Kitorang enjoy sangat kat atas kapal...bergambar je non stop !!!

OK,anak-anak kapal,kapten anda,Linda,sedang memandu kapal ini...

Oh Noooo....Iceberg Jack!...mana brek ni banggg ?


Kakak Linda temankan Linda naik cruise ni... Habis rambut berterbangan....

Bawah - Linda tengah buat lintasan di ERA. Waktu tu Ray yang on air ..

Inilah Cruise Tasik Putrajaya...

Huh! Enjoy betul Linda malam tu.. Ada yang datang jauh dari Kelantan , Batu Pahat, Melaka...semata-mata untuk makan malam dengan Linda. Ada yang hantar sampai 800 sms ! Wow ! Harap kelima-lima pemenang enjoy ye makan malam dengan Linda... Jangan serik tau...

RANCANGAN 77 HOURS NTV7

Terima kasih kepada semua pembaca blog Linda...hampir 30,000 pembaca ! I LOVE U ALL !!

Blog Linda yang sebelum ni, ' I Fell In Love With A Stranger' .... adalah kisah benar. Bukan illusi.. :-) Tapi nak buat macamana ...si baju putih tak kunjung tiba. Mungkin dia bukan pembaca blog Linda atau mungkin dia tak tau yang dia adalah 'THE ONE'. Shall I give up hope? Or keep on hoping ? Hmmmm....

OK. Ni nak share cerita rakaman rancangan 77 Hours di NTV7 pada minggu lepas. Show ni adalah program pengambilan anak angkat. Anak ni akan tinggal bersama Linda selama 3 hari dua malam. Yang terpilih ialah Adik Mira. Jom tengok foto !

Bawah - Sewaktu penyerahan adik Mira oleh pihak NTV7 kepada Linda di rumah.

Sesi temubual... Oh rupa-rupanya adik Mira ni bercita-cita nak jadi artis..Belajar rajin2 dulu ye sayang...

Hari kedua - Linda bawak Mira jogging. Inilah muka yang dah lama tak jogging...hehe..cramp!

Model iklan rambut - Anybody interested ?

Kat gym. OK,biar kak Linda tunjukkan macamana nak guna benda ni. Adehh deh...nape tak gerak ni?

Hehe...bukan Linda yang angkat berat...benda ni yang angkat Linda...

Adoiiiii....macamana boleh cedera pulak ni Mira ?

Nenong...nenong !!! Linda jadi nurse kejap. Bertenang ye...pendarahan tidak begitu banyak...

Elehhh...dah baik boleh lah Mira senyum...tadi monyong je muka.. Takpe dik..at least ada juga kenangan berdarah dengan Kak Linda ye... hehe..

Thank you kak Linda... " Anytime dear..."

Hari ketiga- Haaa...kalau nak jadi ahli keluarga Linda Onn,kena pandai buat kerja kat restoran k. Pakai apron ni ... buat kerja cepat !

Kemas pinggan kat My Mom's Chicken Rice ni ada sistem tau. Bukan sebarangan...

Sempat jugak sambut birthday customer dari JB kat tingkat atas MMCR ....

Sekejapnya masa berlalu... Adik Mira dah kena balik. Ni last hug.... muahhhhh....

Ku sendiri lagi...lalalalala....

Jangan lupa tonton rancangan 77 Hours kat NTV7 , kalau tak silap keudara pada 16 Npvember '08. Thank you NTV7 sebab sudi panggil Linda utk show ni dan kepada semua kru,u are the best ! Kepada adik Mira, hope you had fun ! Ciao !!