Ya Allah... Percaya tak? Siang tadi,kawan Linda lepak dalam kereta Linda. Dia ni perokok. So,dia mintak Linda tekankan tempat pembakar rokok dalam kereta. Alaaa...benda alah yang bulat macam kat bawah ni...
Tiba-tiba je,dia tanya Linda "Eh,apa bau kemenyan ni?" . Linda pun jawab "Entah ! Agaknya dari tempat pembakar ni kot?" . So , bila Linda cabut benda tu,...sah ! bau kemenyan ... busuk !
Bila Linda tengok benda tu dekat-dekat , Linda nampak serpihan serbukbatu kemenyan kecik-kecik kat sekeliling bulatan pembakar tu...
Bawah ni gambar DEKAT ....
Aaaaa...nampak tak serpihan serbuk kemenyan kat keliling tu ?
Linda rasa kurang sedap , so , Linda pergi cek kereta Linda yang kedua...cehhh...macam CSI pulak..
Ya Rabbi ...Ya tuhan !!! Percaya tak ? Bila Linda panaskan tempat pembakar rokok dalam kereta kedua ni pun ada bau kemenyan !!! Tengok bawah ni...
Bawah ni gambar DEKAT ! Nampak tak serbuk kemenyan yang melekat kat keliling pembakar tu?
Bau kemenyankuat sangat sehhhh !! Berasap. Bau busuk satu kereta Linda!!
Sampai ke malam , Linda berfikir , siapa punya kerja lah agaknya yang bakar kemenyan kat dalam kereta Linda ni. Anyway , Linda positif aje...Linda sentiasa berdoa pada tuhan , kalau ada sesiapa yang buat tak baik pada Linda ,biar tuhan saja yang membalasnya.
Kemenyan bukan isunya sekarang ni tapi isunya ialah penggunaan kemenyan tu untuk melakukan amalan sihir terhadap orang lain.
Tidak ada hadis yang melarang menggunakan kemenyan tetapi ada hadis beritau bahawa syaitan, iblis dan jin jahat suka kepada najis dan bau2 busuk. Kerana itu pengamal ilmu sihir menggunakan kemenyan untuk memanggil syaitan supaya menganggu orang2 tertentu. Pendapat yang mengatakan bahawa kemenyan adalah makanan syaitan bukanlah dari al-quran atau hadis tapi ianya adalah pendapat ulamak kerana ianya digunakan untuk menyeru syaitan.
Masalahnya sekarang ni, ada pihak yang telah cuba mengenakan ilmu sihir ke atas linda, mungkin untuk dengki, kacau, suka, cinta, pikat, geram dan sebagainya. Allahualam.... Perkara ni memang wujud. Alhamdulillah,Linda sedar awal. Harap tuhan melindungi Linda. Ameen.
Kawan-kawanku , ingatlah..bahawa amalan sebegini boleh dikaitkan dengan sihir dan kemuncaknya,perkara itu adalah syirik dan syirik tempatnya adalah di neraka dan tiada pengampunan dari Allah swt. Amalan ini adalah lemah...dan mudah dipatah balikkan dengan Al Quran dan amalan yang benar.
Moral of the story , kalau nak bakar kemenyan , nak buat benda-benda tak senonoh tu semua , bakar kat dalam kereta sendiri , jangan bakar kat dalam kereta orang lain..
JANGAN BAKAR KEMENYAN DALAM KERETA KU !! :-)
A'kum.....