Monday, September 22, 2008

BOSANNYAAA.....

Hi semua !

Bosannya Linda hari ni.. Member semua busy. Ibu ayah pun busy. Ada kakak pun busy. Ada anak buah pun busy. Ada ibu angkat pulak,dia takde kat Malaysia.

So....Linda tingal sorang2... Hmm..kalaulah ada boyfriend , bolehlah ajak main pingpong ke,main game bola ke,pi makan-makan ke. Tapi ni nak cari boyfriend pun tak tau macamana..hehe. Almaklumlah , kita ni bukan jenis sosial . Pergi kerja,balik kerja,pergi restoran,balik rumah....paling busuk pun tengok wayang atau karaoke dengan famili. Macamana lah nak dapat boyfriend ? :-)

Tapi takpe , InshaAllah , kalau ada jodoh , pasti sampai juga akhirnya. Cuma perlu berhati-hati kerana taknak ditipu sekali lagi... Takut dengan janji manis lelaki. Sanggup bersumpah mati tapi bila lupa diri , sumpah dan janji-janji dulu hanya mainan. Orang kalau ada cinta yang ikhlas,pasti takkan bosan atau serik , tapi kalau cinta dan hati dah berubah , pelbagai alasan dibuat,perkara kecil pun boleh jadi masalah besar. So , to all the girls , be very careful with men ya! Luar nampak baik ,santun tapi dalamnya belum tentu baik dan ikhlas. Malah kadang2 lebih jahat dari orang yang nampak jahat. Ramai juga kenalan wanita Linda yang terkena macam ni.

Kesian Linda baca berita kisah adik seorang penyanyi terkenal yang suaminya sering herdik dia,ugut dia dan memukul dia. Siap nak simbah asid ! Ishhhh lelaki kalau dah berani angkat tangan pada perempuan , dah berani pukul , lelaki dayus namanya tu.Jadi kepada yang ada kekasih yang kaki pukul,fikir baik2 sebelum buat keputusan nak kahwin ye. Biar lambat asal selamat. Bimbang dia buatlagi. Baru jadi boyfriend dah berani angkat tangan , kalau dah kahwin esok ?How ? Nyesal seumur hidup. Alhamdulillah , Linda terlepas dari lelaki sebegini. Shukur. Moga adik penyanyi tu tabah ye. Tuhan sentiasa melindungi anda... Jangan merana disebabkan 'lelaki'. Women must have pride , ok ! U go girl !

Maaf ye kepada orang lelaki yang baca ni,Linda cuma nak pertahankan hak kaum wanita yang lemah. Tapi tak semua lelaki jahat...ada yang baik, i know! I still love men , OK !

Rasanya macam nak tubuhkan kelab 'Wanita untuk Wanita' laaa... hehe...

OK laaa... Linda nak sambung kerja jap. Nanti , Linda masukkan gambar2 lagi ye.. :-)

Salam ,

LINDA ONN