Monday, September 22, 2008

LINDA KE MAJLIS NIKAH & KENDURI AIMEE

Pada hari Khamis , 28.08.2008 , Linda dan teman2 ke majlis akad nikah Aimee (penyampai baru ERA) dan Azril serta kenduri tahlil di rumah Aimee .

Sampai-sampai je,dengar lagu "direnjis-renjis dipilis...ditepungi lah tawar..." aduhhhhhh.....sedih sehhh...uhuk uhuk.. Apa taknya,target Linda nak kahwin 2008, tapi... tungggu tahun depan k? Target lagi...hehe...

Gambar kat bawah ni,errrrrr....takde description....cuma saja saja je amik gambar ..hehe..

Hello Azril ! Tengok kamera laaaaaa !! Cittt !

Gambar bawah - Bersama dengan pengantin baru...pengantin lama dan pengantin yg tunggu suaminya tak sampai-sampai...Linda lah tu...hehe....

(dari kiri: Linda,Aimee,Ibu Silvana dan belakang tu Azril)

Ni Hani , publicist ERA. Kesian Hani,ingatkan jadi tetamu...tapi kena buat keje gaks...Inilah publicist terbaik di dunia ! Thanks Hani !

Famili ERA ... Linda , Paktam dan hero-hero comelnya..Ray dan Adi Fashla....

OK Aimee , Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal ke akhir hayat. Azril,please jadi lelaki baik k. Jaga Aimee...kalau Azril buat hal,Aimee,call me,I go and belasah him for you ok...hehe...gurau je . Aimee pun,jadi isteri yang baik k. Doakan kakakmu ini agar berjumpa dengan calon suami ye.. ".....dan calon-calonnya ialahhhhh....." Kah Kah Kah ! see u !