Linda terbaca artikel yang dikirimkan oleh pembaca di dalam Pancaindera (Utusan Mingguan) . Tajuknya ialah "Sudah sudahlah Linda" . Baca bawah ni ye...
"Terima kasih sebab sudi baca surat saya ni. Saya ni bukan nak kata,cuma nak cakap sikit pasal Linda Onn. Saya bukannya peminat dia pun cuma saya kurang gemar sikit dia dok bercerita pasal lelaki pilihan dia dan kisah dia dengan lelaki yang dikatakan cinta barunya. Sudah-sudahlah tu. Saya pun bukanlah peminat Fahrin,tapi kadang-kadang kasihan juga dekat dia walaupun bagus dia orang tak bercinta. Cuma saya harap Linda Onn jangan terasa hati pula,ini pendapat saya aje. Pendapat org tua-tua,jangan berangan banyak sangat,nanti tak kesampaian angan-angan itu. Begitu sajalah pendapat dari saya. Selamat Berpuasa. Dari Saliha Mohd,Alor Setar,Kedah."
Tak...sikit pun tak terasa hati Kak Saliha ;-)....Berangan pun tak kak oiii... Cuma,Linda nak Kak Saliha pulak baca luahan hati Linda kat bawah ni ye.
Macamana Linda nak terangkan ye? Kalau boleh,Linda sendiri nak beritahu kepada semua orang "SUDAH SUDAHLAH" bertanya mengenai hal peribadi Linda. Baik wartawan mahupun peminat. Dari dulu lagi,Linda kurang gemar bila soal cinta,soal kahwin atau soal jodoh dijadikan bahan bacaan semua dan dijadikan bahan gosip pula akhirnya. Linda kurang selesa bila diajukan soalan mengenai hubungan dengan lelaki.
Linda lebih suka kalau ditanya mengenai ERA ke, TV show ke, lakonan , restoran nasi ayam , restoran asam pedas.... tapi bila bab peribadi yang bersangkut paut hubungan dengan lelaki , memang Linda tak senang. Tapi nanti,diorang kata..boringlah pulak...
Bila Linda berkawan dengan lelaki , dari hanya berteman, Linda dipaksa untuk mengaku bercinta. Bila dah didesak..diasak dan diasak lagi, Linda 'up sikit'....cakap kami teman tapi mesra, orang istilahkannya 'bercinta'. Terpulang! Tup-tup,semua orang kecohkan kisah putus. Dan yang terbaru,digosipkan Linda dengan lelaki lain. Linda tak komen apa-apa pun , tapi TETAP ada cerita.
Apa Linda tidak bebas untuk berkawan dengan sesiapa ?
Satu sahaja soalan Linda - Tahukah anda siapa yang menulis berita ni semua di dalam akhbar? Linda ke ?
Jadi bila orang cakap "sudah sudahlah Linda ooooiiii " . Macamana Linda nak sudahkannya ? Selagi soalan-soalan terus diajukan dan berita-berita terus dikeluarkan. Orang yang bercerita. Walaupun Linda tak bukak mulut,tetap orang bercerita. Bak kata pepatah,mulut tempayan boleh ditutup. Bukan tugas Linda untuk 'sudahkan' kisah peribadi Linda di media . Tugas Linda hanya di radio,tv dan restoran. :-) Selebihnya,tugas Linda sebagai anak,adik dan manusia biasa.
Linda tak salahkan wartawan. Kerja mereka ialah mencari berita dan dijadikan cerita untuk menjual akhbar atau majalah. Sasarannya ialah selebriti seperti Linda. Kadang2 Linda bosan jadi selebriti. :-( Kita senyapppppp je , tapi tetap ada cerita keluar. Kalau cerita yang elok , takpe ... ni cerita kurang elok. Itu bila Linda senyapppp....kalau bukak mulut? Lagilah teruk agaknya.
Bayangkan,satu petang yang indah,handphone Linda berdering,bila diangkat,rupa-rupanya wartawan. Terus diajukan soalan tentang lelaki metroseksual. Linda ni orangnya lurus...bila orang tanya , kita jawab. Tau-tau aje,keluar satu muka surat besar mengenai 'Lelaki Pilihan Linda'. Terkejut jugak. Tak sangkalah pulak ,dengan keikhlasan menjawab soalan wartawan tu, Linda pula dipandang serong oleh peminat. Ni yang susah ni,nak jawab salah,tak jawab salah.
Kepada wartawan,jangan kecil hati ye. Linda faham tugas u all. Ini Linda cuma terangkan kepada peminat yang salah faham. Kalau Linda jadi wartawan pun,I'd do the same thing. kekeke...
Linda harap semua fahami Linda yang bergelar selebriti. Kalau kita tak jawab soalan wartawan,dikatanya kita sombong. Kalau kita beri kenyataan,akhirnya dipertikai. Kalau kita larikan diri,dikatakan kita tak professional. Kalau kita terlebih 'memberi' pulak, dikatakan kita 'over'. Jadi kategori mana yang patut sebagai seorang selebriti ?
Linda ambil jalan untuk tidak banyak komen tentang hal peribadi. Senyap lebih baik dari berbicara. Tolong jangan salah tafsirkan 'senyapnya' Linda. Dan kalau terbaca lagi kisah peribadi Linda di akhbar atau majalah,tolong ingat pesan Linda ni....bahawa Linda memang tidak suka hal peribadi (cinta,kahwin,jodoh) di jadikan bahan tatapan umum...dan BUKAN LINDA YANG TULIS. Berita yang keluar di media adalah di luar kawalan Linda. It is beyond my control but I have to live with it because I am a celebrity.
So , guys ! Jangan marah ye. Ini cuma luahan rasa Linda. Tak tahu pada siapa nak mengadu. Kepada peminat yang memahamilah saja tempatku mengadu...
Read this and think positive !
...dan akhir sekali....kalau nak sangat tahu tentang siapa boyfriend Linda... Dengar sini , saya , Rozlindah Bte Haji Onn , dengan ini 21 Sept 2008, bersumpah dengan nama Allah , bahawa saya sekarang masih lagi solo , tidak ada kekasih , tidak ada lelaki istimewa lagi yang bertahta di hati dan sebolehnya mahu menamatkan zaman bujang.
Amacam? Puas hati ? ....dan....kalau ada yang nak kenen kenenkan dengan abang ke...adik ke...hehe......boleh aje !! Kah Kah Kah !! Tak perlu banglo & kereta mewah,cukup sekadar cinta yg ikhlas & jujur. ;-)
OK laaa... See you ! :-)