Wednesday, November 19, 2008

BELAKANG TAKBIR SEHATI BERDANSA MINGGU KE.....

Minggu lepas , Sehati Berdansa menyaksikan penyingkiran pasangan Jamal dan Ida. Kesian Jamal. Tapi takpe , yang penting , dapat jugak Jamal buat kebajikan kepada Pusat Kebangsaan Autisma ye.

Alhamdulillah , rancangan Sehati Berdansa dapat sambutan hangat daripada penonton pelbagai usia. Rating rancangan ni pun memberangsangkan. :-) Ramai jugak adik-adik kecil yang jumpa Linda di luar yang tegur Linda " Kak!! Sehati Berdansa!!!!"... Wow! Budak umur 7,8,9,10 tahun pun ikut SB ? Remaja pun ikuti jugak... Thank you guys !

Dalam banyak-banyak minggu Sehati Berdansa , Linda paling suka minggu HIP HOP ! Linda ni memang suka muzik Hip Hop , R&B , Rap .....Sebab tu , waktu minggu Sehati Berdansa, pakaian dari atas ke bawah , Linda yang usaha untuk cari. (Outfit Hip Hop dalam blog sebelum ni) . Dan dengan rela hati juga,atas permintaan produser SB,Linda menyanyi / rap untuk permulaan program Sehati Berdansa ni. Seorang peminat minta Linda selitkan lirik lagu tu dalam blog Linda... Ni , Linda kasi dengan lagunya sekali ye.Enjoy !

Posing jap... I just love this outfit ! Baju ni tajaan Melinda Looi ...

Dik,ingat bebudak SPM je menghafal ? Akakkkk pun !!

Dari kiri , biras Linda , sebelah Linda tu Azian (Produser SB) bersama kru SB.

SMS siapa tu? Ishhh sibuk je...orang sms pun nak amik gambar...

Aaa...ni lah dia Nazri . Dia memang make up artis pilihan Linda setiap kali masuk ke bilik mekap. Cantik Nazri mekap... Ni Nazri mekap untuk minggu ke-4 (Tarian Global)

Baju kat bawah ni adalah tajaan Carven Ong (Lot 10) ... Selesa dan cantik dipakai.... Thanks Carven Ong!

Balik je dari Astro , Linda singgah makan MMCR ... Makan ayam je dengan sambal... Jemput....