Monday, September 22, 2008

SUDAH-SUDAH LA LINDA ONN

Linda terbaca artikel yang dikirimkan oleh pembaca di dalam Pancaindera (Utusan Mingguan) . Tajuknya ialah "Sudah sudahlah Linda" . Baca bawah ni ye...

"Terima kasih sebab sudi baca surat saya ni. Saya ni bukan nak kata,cuma nak cakap sikit pasal Linda Onn. Saya bukannya peminat dia pun cuma saya kurang gemar sikit dia dok bercerita pasal lelaki pilihan dia dan kisah dia dengan lelaki yang dikatakan cinta barunya. Sudah-sudahlah tu. Saya pun bukanlah peminat Fahrin,tapi kadang-kadang kasihan juga dekat dia walaupun bagus dia orang tak bercinta. Cuma saya harap Linda Onn jangan terasa hati pula,ini pendapat saya aje. Pendapat org tua-tua,jangan berangan banyak sangat,nanti tak kesampaian angan-angan itu. Begitu sajalah pendapat dari saya. Selamat Berpuasa. Dari Saliha Mohd,Alor Setar,Kedah."

Tak...sikit pun tak terasa hati Kak Saliha ;-)....Berangan pun tak kak oiii... Cuma,Linda nak Kak Saliha pulak baca luahan hati Linda kat bawah ni ye.

Macamana Linda nak terangkan ye? Kalau boleh,Linda sendiri nak beritahu kepada semua orang "SUDAH SUDAHLAH" bertanya mengenai hal peribadi Linda. Baik wartawan mahupun peminat. Dari dulu lagi,Linda kurang gemar bila soal cinta,soal kahwin atau soal jodoh dijadikan bahan bacaan semua dan dijadikan bahan gosip pula akhirnya. Linda kurang selesa bila diajukan soalan mengenai hubungan dengan lelaki.

Linda lebih suka kalau ditanya mengenai ERA ke, TV show ke, lakonan , restoran nasi ayam , restoran asam pedas.... tapi bila bab peribadi yang bersangkut paut hubungan dengan lelaki , memang Linda tak senang. Tapi nanti,diorang kata..boringlah pulak...

Bila Linda berkawan dengan lelaki , dari hanya berteman, Linda dipaksa untuk mengaku bercinta. Bila dah didesak..diasak dan diasak lagi, Linda 'up sikit'....cakap kami teman tapi mesra, orang istilahkannya 'bercinta'. Terpulang! Tup-tup,semua orang kecohkan kisah putus. Dan yang terbaru,digosipkan Linda dengan lelaki lain. Linda tak komen apa-apa pun , tapi TETAP ada cerita.

Apa Linda tidak bebas untuk berkawan dengan sesiapa ?

Satu sahaja soalan Linda - Tahukah anda siapa yang menulis berita ni semua di dalam akhbar? Linda ke ?

Jadi bila orang cakap "sudah sudahlah Linda ooooiiii " . Macamana Linda nak sudahkannya ? Selagi soalan-soalan terus diajukan dan berita-berita terus dikeluarkan. Orang yang bercerita. Walaupun Linda tak bukak mulut,tetap orang bercerita. Bak kata pepatah,mulut tempayan boleh ditutup. Bukan tugas Linda untuk 'sudahkan' kisah peribadi Linda di media . Tugas Linda hanya di radio,tv dan restoran. :-) Selebihnya,tugas Linda sebagai anak,adik dan manusia biasa.

Linda tak salahkan wartawan. Kerja mereka ialah mencari berita dan dijadikan cerita untuk menjual akhbar atau majalah. Sasarannya ialah selebriti seperti Linda. Kadang2 Linda bosan jadi selebriti. :-( Kita senyapppppp je , tapi tetap ada cerita keluar. Kalau cerita yang elok , takpe ... ni cerita kurang elok. Itu bila Linda senyapppp....kalau bukak mulut? Lagilah teruk agaknya.

Bayangkan,satu petang yang indah,handphone Linda berdering,bila diangkat,rupa-rupanya wartawan. Terus diajukan soalan tentang lelaki metroseksual. Linda ni orangnya lurus...bila orang tanya , kita jawab. Tau-tau aje,keluar satu muka surat besar mengenai 'Lelaki Pilihan Linda'. Terkejut jugak. Tak sangkalah pulak ,dengan keikhlasan menjawab soalan wartawan tu, Linda pula dipandang serong oleh peminat. Ni yang susah ni,nak jawab salah,tak jawab salah.

Kepada wartawan,jangan kecil hati ye. Linda faham tugas u all. Ini Linda cuma terangkan kepada peminat yang salah faham. Kalau Linda jadi wartawan pun,I'd do the same thing. kekeke...

Linda harap semua fahami Linda yang bergelar selebriti. Kalau kita tak jawab soalan wartawan,dikatanya kita sombong. Kalau kita beri kenyataan,akhirnya dipertikai. Kalau kita larikan diri,dikatakan kita tak professional. Kalau kita terlebih 'memberi' pulak, dikatakan kita 'over'. Jadi kategori mana yang patut sebagai seorang selebriti ?

Linda ambil jalan untuk tidak banyak komen tentang hal peribadi. Senyap lebih baik dari berbicara. Tolong jangan salah tafsirkan 'senyapnya' Linda. Dan kalau terbaca lagi kisah peribadi Linda di akhbar atau majalah,tolong ingat pesan Linda ni....bahawa Linda memang tidak suka hal peribadi (cinta,kahwin,jodoh) di jadikan bahan tatapan umum...dan BUKAN LINDA YANG TULIS. Berita yang keluar di media adalah di luar kawalan Linda. It is beyond my control but I have to live with it because I am a celebrity.

So , guys ! Jangan marah ye. Ini cuma luahan rasa Linda. Tak tahu pada siapa nak mengadu. Kepada peminat yang memahamilah saja tempatku mengadu...

Read this and think positive !

...dan akhir sekali....kalau nak sangat tahu tentang siapa boyfriend Linda... Dengar sini , saya , Rozlindah Bte Haji Onn , dengan ini 21 Sept 2008, bersumpah dengan nama Allah , bahawa saya sekarang masih lagi solo , tidak ada kekasih , tidak ada lelaki istimewa lagi yang bertahta di hati dan sebolehnya mahu menamatkan zaman bujang.

Amacam? Puas hati ? ....dan....kalau ada yang nak kenen kenenkan dengan abang ke...adik ke...hehe......boleh aje !! Kah Kah Kah !! Tak perlu banglo & kereta mewah,cukup sekadar cinta yg ikhlas & jujur. ;-)

OK laaa... See you ! :-)

LINDA HOS BUKA PUASA ASTRO

Ok, beberapa hari lepas,Linda dan Awal Ashaari jadi pengacara untuk Majlis Berbuka Puasa Astro 2008 di KL Convention Centre.

Syok mengacara dengan Awal. Dia cekap!

Tapi Linda sedihlah. :-( Sepatutnya Linda hos satu program besar kat Astro dengan Awal tapi disebabkan Awal ada komitmen lain,terpaksa digantikan dengan pengacara lelaki lain. Sayangkan?Linda punyalah berkobar-kobar nak hos dengan Awal...tapi....tak jadi pulak.

Anyway,nice working with you , Awal !

Takpelah Awal...bukan rezeki u...maybe next time,kita mengacara acara besar tu bersama-sama k...?

Aaaaaa....Mummy jumpa Mawiiiiiii.....hehe..

Amboi..amboi..amboi...Linda jumpa Azwan.. Kereta yang hilang tu dah jumpa ke belum,Azwan?

Thank you Astro sebab kasi Linda hos majlis ni! Harap-harap ada program TVbaru yang Astro berikan pada Linda untuk mengacara. Dah gian nak keluar TV ni... hehe... Lepas Sehati Berdansa Linda free...k..? k? :-p

BENDA 'ASING' DALAM KERETA LINDA..

Ya Allah... Percaya tak? Siang tadi,kawan Linda lepak dalam kereta Linda. Dia ni perokok. So,dia mintak Linda tekankan tempat pembakar rokok dalam kereta. Alaaa...benda alah yang bulat macam kat bawah ni...

Tiba-tiba je,dia tanya Linda "Eh,apa bau kemenyan ni?" . Linda pun jawab "Entah ! Agaknya dari tempat pembakar ni kot?" . So , bila Linda cabut benda tu,...sah ! bau kemenyan ... busuk !

Bila Linda tengok benda tu dekat-dekat , Linda nampak serpihan serbukbatu kemenyan kecik-kecik kat sekeliling bulatan pembakar tu...

Bawah ni gambar DEKAT ....

Aaaaa...nampak tak serpihan serbuk kemenyan kat keliling tu ?

Linda rasa kurang sedap , so , Linda pergi cek kereta Linda yang kedua...cehhh...macam CSI pulak..

Ya Rabbi ...Ya tuhan !!! Percaya tak ? Bila Linda panaskan tempat pembakar rokok dalam kereta kedua ni pun ada bau kemenyan !!! Tengok bawah ni...

Bawah ni gambar DEKAT ! Nampak tak serbuk kemenyan yang melekat kat keliling pembakar tu?

Bau kemenyankuat sangat sehhhh !! Berasap. Bau busuk satu kereta Linda!!

Sampai ke malam , Linda berfikir , siapa punya kerja lah agaknya yang bakar kemenyan kat dalam kereta Linda ni. Anyway , Linda positif aje...Linda sentiasa berdoa pada tuhan , kalau ada sesiapa yang buat tak baik pada Linda ,biar tuhan saja yang membalasnya.

Kemenyan bukan isunya sekarang ni tapi isunya ialah penggunaan kemenyan tu untuk melakukan amalan sihir terhadap orang lain.

Tidak ada hadis yang melarang menggunakan kemenyan tetapi ada hadis beritau bahawa syaitan, iblis dan jin jahat suka kepada najis dan bau2 busuk. Kerana itu pengamal ilmu sihir menggunakan kemenyan untuk memanggil syaitan supaya menganggu orang2 tertentu. Pendapat yang mengatakan bahawa kemenyan adalah makanan syaitan bukanlah dari al-quran atau hadis tapi ianya adalah pendapat ulamak kerana ianya digunakan untuk menyeru syaitan.

Masalahnya sekarang ni, ada pihak yang telah cuba mengenakan ilmu sihir ke atas linda, mungkin untuk dengki, kacau, suka, cinta, pikat, geram dan sebagainya. Allahualam.... Perkara ni memang wujud. Alhamdulillah,Linda sedar awal. Harap tuhan melindungi Linda. Ameen.

Kawan-kawanku , ingatlah..bahawa amalan sebegini boleh dikaitkan dengan sihir dan kemuncaknya,perkara itu adalah syirik dan syirik tempatnya adalah di neraka dan tiada pengampunan dari Allah swt. Amalan ini adalah lemah...dan mudah dipatah balikkan dengan Al Quran dan amalan yang benar.

Moral of the story , kalau nak bakar kemenyan , nak buat benda-benda tak senonoh tu semua , bakar kat dalam kereta sendiri , jangan bakar kat dalam kereta orang lain..

JANGAN BAKAR KEMENYAN DALAM KERETA KU !! :-)

A'kum.....

LINDA 'CHEF IN DA HOUSE'!!

Hari Sabtu lepas, Linda lepak dengan kawan2 rapat Linda... Kira pertemuan dan perkenalan pasangan-pasangan laaa malam tu.... ehem ehem... :-)

Mula-mula,acara kita ialah berbuka puasa di My Asam Pedas Shop...lepas tu balik ke rumah Linda main game bola ....aaaa...special nya,Linda masak Pizza , buat Salad , buat dessert sambil borak-borak sampailah ke pukul 3.30 pagi....

Gambar bawah ni,Linda pi shopping kat Great Eastern Mall,beli barang2 dapur untuk masak malam tu.

Lepas berbuka puasa-masing-masing dah kekenyangan makan asam pedas dengan ikan bakar !

Sampai je rumah,tanpa membuang waktu,main game bola (PES) . Inilah aksi-aksi ku bermain game bola... (fokus..fokus...) ...Jangan kacau aaaa...

Apa ? Ingat main game pun tak boleh posing ke ? hehe..

Gambar bawah ni,bukan kalah eh....gua menang bebbbbbb !!!

Lepas main game , aaaa....jadi perempuan plak... Masak pizza chicken pepperoni .

Walaupun di dapur , tanpa bermekap , kita tetap kena bergaya ye... Maintain....

Nama resepi ni ialah ' Pizza For My Loved One'

Inilah hasil kerja tangan Linda.... lepas ni,masukkan piza ni dalam oven ye...

Bawah : Ohhh laaa...ye ke mamat tu macam tu ? Ye Tipah ? Teruknya mamat tu... (hehe...tengah bergosip tu)

Bawah : Piza Linda laku sehhh...ini second trip buat piza ...

Ada piza takde Salad , tak syok lah kan ? Ini namanya.... 'Salad Tiga Dara Pingitan'...

Bawah ni pulak , menu dessert baru Linda.. 'Sweet Banana Matahariku' ....

Inilah dia,kawan-kawanku ..termasuklah yang tukang amik gambar... :-)

Thanks guys ! Jangan serik ye datang ke rumah Linda lagi... Lain kali Linda masak yang lain pulak ye..Pasta ke,Lasagna ke..susah-susah,Linda masakkan lauk kampung k ?

Untuk peminat pulak , inshaAllah satu hari nanti,Linda teringin nak buat sesi memasak bersama peminat.. I like !! hehe.. C ya !

LINDA BERBUKA PUASA DENGAN AHLI L.O.O.K

Pada hari Khamis (11 sept 08) , Linda buka puasa dengan ahli-ahli L.O.O.K di Ampang Point.

Aaaa sebenarnya L.O.O.K ialah singkatan untuk Linda Onn's Orange Kad...iaitu kad diskaun di restoran My Mom's Chicken Rice. Setiap ahli L.O.O.K akan diberitahu tentang apa-apa aktiviti bersama Linda melalui sms.

OK..Kat bawah ni, gambar kitorang buka puasa...

Bawah: Aaaa....group yang belah kiri tu memang kecoh sikit,gosippppp memanjang...tu yang sampai Linda terbeliak tu.... kepoh sehhh...Astaghfirullah...bulan puasa lahhhh !!

Bawah: OK....lepas makan...lepas gosip....kita posing eh....Smile !!



senyum lagiiiii....

Bawah: Ala..la..laaaa....bucuuukkkk.....Meh Mummy suapkan....

Ni Linda buka blog www.linda.blog.era.fm ....tengah beri penerangan tentang blog....kira 'up close and personal' lah ni...

Nasib baik MMCR ada wifi ....

OK ... terima kasih Linda ucapkan kepada semua ahli L.O.O.K . Happening giler seh u all ni semua...hilang semua tekanan ku...hehe. Ketawa tak henti-henti..

InshaAllah dalam bulan puasa ni , ada lagi aktiviti berbuka puasa dengan Linda k... Kita dok makan-makan,borak-borak.. selamat berpuasa !!




INILAH MY ASAM PEDAS SHOP.......

Inilah restoran terbaru Linda...My Asam Pedas Shop . MAPS. Kat sebelah Tesco , Ampang (MRR2 hiway) .

Bawah : Waktu ni , Linda tengah tunggu waktu berbuka puasa. Linda baru lepas photoshoot hari raya untuk Pancaindera (Utusan)dengan Fara,Hunny dan Khairil.

Close up sikit bawah ni...

Buka puasa dengan famili....jemput makan...

Ini anak buah Linda yang paling ligat .... Love u sayang... :-)

OK, lepas buka puasa,balik...rehatkan diri. Minggu kedua puasa ni Linda sangat sibuk tapi tetap sempat update blog tau...hehe . See ya !

HARI FAMILI LINDA

Hari Sabtu lepas , Linda dengan kakak,ayah dan ibu pi shopping. Beli baju raya ayah. Baju raya Linda dah siap...tempah kat Jovian. Tahun ni konsep raya famili Linda, hitam merah tapi Linda tempah baju color pink , hijau dan oren sekaligus. hehe...

Bawah : Ni dah tahap boring giler tunggu ayah pilih baju ...saja je posing... :-)

Tengah syok berjalan-jalan kat Pavilion , terjumpa satu group ni... Diorang amik gambar dengan Linda, Linda pun amik gambar dengan diorang utk masuk blog ni... Thanks guys !

Dah penat shopping,seperti biasa,singgah Carlos , makan oyster lagi !

Begini caranya tuan-puan , mula-mula perahkan lemon pada oyster,lepas tu tuang beberapa titik Tabasco dan makan ye...

This is my daddy...

OK... nanti kalau ada gambar lagi,Linda masukkan ye... Muahhhh Muahhhh .... love u...

LINDA DI SEKITAR PROMO SEHATI BER......

Hari Jumaat lepas , Linda ke rakaman promo Sehati Berdarah....eh salah...Berdansa...

InshaAllah,rancangan sebenar akan keudara pada bulan Oktober nanti...tengok tau!

Gambar bawah : Ni Linda kat bilik menunggu,sebelum rakaman bermula...

Lepas rakaman,Linda,Puan Lova (make up artis dari SILVANA ULTIMATE) dan Lisa pergi ke Hotel Maya .... nak buka puasa...

Tengok tu,jalan dah lah jam...kita drive , diatidur pulak..disebabkan kereta tak bergerak,Linda amik gambar lerrrr....hehe

Bawah: Ni buka puasa kat Hotel Maya... Linda berbuka pukul 8.30 malam !! Batalkan puasa dalam kereta dengan gula-gula je....uhuk !

Hehe...Oyster tetap adaaaa !!

Kat bawah ni.... Ibu Sil... Posing jangan tak posing...

Ni pulak , Kak Saliha.... Hai ? dua-dua pegang kepala...fikir masalah ke ?

OK...jangan lupa ek... SEHATI BERDARAH....eh...salah lagi... SEHATI BERDANSA....bulan Oktober ni di ASTRO RIA.