Tuesday, October 28, 2008

PERCUTIAN LINDA DI INDONESIA

Haloooooooo !! Apa khabar ibu-ibu bapak-bapak?! Aduh kangen banget deh gue sama lo! Haha...Rindunya Linda kat u all... Seperti yang Linda katakan,Linda pergi bercuti ke luar negara selama seminggu. Linda ke Indonesia untuk merehatkan diri dan sekaligus menghadiri jemputan ke majlis pembukaan salon teman Linda di Jakarta.

So,Linda nak share dengan u all perjalanan Linda di Jakarta...

Gambar bawah ni ..masih kat KL lagi...'selamat tinggal KL...selamat tinggal kedukaan...'. Linda ni kalau bersedih,lebih suka pergi jauh-jauh....release tension.... :-)

Linda ke Jakarta berdua je dengan kakak kesayangan Linda...ni kita dok berborak dalam flight...diselang seliikan dengan posing...kekeke...

Tenangnya melihat pemandangan di awan biru...kalaulah Linda dapat terbang seperti burung....

Sampai kat Jakarta,kawan-kawan Linda ajak makan. Kat bawah ni namanya Tata Lim, Dia make up artis terkenal kat Jakarta. Dia yang nak buka salon. Manjanya Tata...:-)

Ini Johan Morgan. Johan ni model dan pelakon sinetron di Indonesia.

Ni pulak , hari kedua... Johan drive Linda ke salon Tata. Aduh ! Jalan di Jakarta macet pak ! Ayo ambil foto !

Ini adalah bunga dan ucapan yang besar untuk Tata sempena pembukaan salonnya...

OK...Acara pun dah bermula. Di bawah ni,Puan Maharani tengah merasmikan dengan memotong nasi kuning ....

Kat majlis tu,ada seorang artis diserbu oleh wartawan . Ramai tuuu ! Rupa-rupanya nama dia tengah hot kat infotainment Indonesia kerana ada gosip hangat khabarnya. Kawan Linda kata,mengenai kisah hubungan 3 segi. Panazzzzz...

Linda pun sempat berborak dengan dia. Namanya ANDI SORAYA. Linda dan Andi sempat berborakmengenai filem Malaysia dan Indonesia. Andi suruh Linda tengok filem dia sementara Linda kat Jakarta....tajuk filemnya ialah KU TUNGGU JANDAMU....aaaauwww takut ahhh... hehe

Bawah ni pulak , Linda bergambar dengan Gita Prisilfa . Pelakon sinetron.

Linda sempat bergambar dengan Puan Maharani , anak kepada Ibu Megawati (bekas Presiden Indonesia) .

Emmmmm....bawah ni,Linda dan Johan di temubual oleh TV RCTI untuk rancangan Kabar-Kabari...

Bawah : Ni Linda tengah pening ni nak fahamkan soalan dalam bahasa Indonesia...

OK..Mari kita ke hari berikutnya... Linda pi makan kat Mangga Dua di restoran Lapangan Tembak Senayan. Sedap gilerrr bakso dia ! Halal...halal...

Hari berikutnya , Linda pergi ke Cirebon. Nak lari jauh dari hiruk piruk Jakarta... Gambar bawah ni kat stesen kereta api Cirebon ....lepak jap...sambil buat iklan...Minumlah Teh Botol....:-)

Ya ibu...udah makan,tolong bayar ya....

Dah lama sehhhhh tak naik beca....

Indonesian Next Top Model... hehe... sempat bergambar dengan bebudak ni waktu Linda picnic.

Kalau pergi ke Cirebon , tak beli batik ...rugilah... Murah saja harganya buk...

Lepas tu,Linda singgah solat di Masjid Merah Panjunan. Dengar cerita,masjid ni didirikan dalam masa sehari je...

Lepas tu,pak supir bawak Linda melawat masjid lain.Bawah ini adalah antara masjid tertua di Cirebon .

Rasanya tak puas stay 2 hari je kat Cirebon . Cirebon best ! Tenang ! Tapi bila balik semula ke Jakarta,Linda pening balik. Macam KL jugak lah.... jalan 'jam' memanjang.

Pening punya pasal , Linda pi buat Hair Spa...uhhhhh sedapnya kena urut...

Singgah Hard Rock Cafe jap untuk beli souvenir kawan-kawan...

Hari berikutnya... Linda berusaha sedaya upaya untuk cari panggung wayang yang tayang filem KU TUNGGU JANDAMU sebelum Linda balik ke KL. Ini semua sebab teringin nak tengok ANDI berlakon.. Bawah ni , turun bajai (tak tau betul ke tak ejaannya) .. RM4 je...terus sampai ke Atrium.

Maaf pak Haryanto.... Kita foto ya ! Buat kenang-kenangan... Auww...Abang polis...i like....hehe

Aaaaaa.... ni lah filem KUTUNGGU JANDAMU. Lakonan Dewi Prissik,Andi Soraya dan ramai lagi. Kalau u all perasan , kat ERA ada main lagu Ku Tunggu Jandamu dari Irwansyah , haaa itulah lagu tema filem ni... Tapi filem ni untuk orang dewasa je k... sorry adik-adik... :-p

Bawah ni , last day Linda kat Jakarta... Sebelum balik KL , Linda pekena Nasi Padang lagi... habis diet ku !!

Inilah hotel tempat Linda bermalam ....

Linda dihantar ke airport oleh teman2 termasuklah adik Naimah.. Naimah ni pelakon kat sana. Kalau tak silap , sinetron Kamulah Sorgaku (Astro) ada Naimah and kalau u all nak tengok Naimah berlakon jadi hantu,tengok filem KUNTILANAK 3 ye. Dia jadi Anak Gua.

Bawah : Makan kat dalam pesawat MAS. Duduk economy class je.. Tapi dah cukup memuaskan. Terima kasih kepada anak-anak kapal MAS yang peramah dan sudi layan Linda !!

Thanks Tata and Johan ! If u guys are reading my blog , ingat ya..kalau datang ke KL , telefon Linda ye.Saya bawakkamu jalan-jalan di KL naik mobil ya ...Seminggu yang indah di Indonesia. Selamat tinggal Jakarta... Aku pulang wahai Malaysia ku....Terimalah diriku seadanya..:-)