Wednesday, November 19, 2008

KALAH 21-7 DENGAN JALANI SIDEK

Linda ni sebenarnya adalah sports person. Dulu kat sekolah,pantang ada hari sukan,Lindalah ratunya. Pingat2 Linda pun masih Linda simpan...Apa jua jenis sukan kat sekolah,semua Linda sertai..just name it! Lompat tinggi? Lompat jauh,lempar cakera,lontar peluru,lari berpagar,bola baling,bola tampar,hoki,taekwondo,pingpong,tenis....dan sudah pastinya badminton !

Waktu zaman Datuk Misbun Sidek dulu,memang Linda ikuti perlawanannya di TV.Bagi Linda,nama2 spt Rashid Sidek,Jalani Sidek dan Razif Sidek memang tak asing dibibir Linda.Waktu Linda sekolah rendah lagi,Linda dah terlaluuuuuu minat kat keluarga Sidek.

Dulu,waktu di sekolah,Linda mewakili pasukan rumah Linda (rumah merah hehe..) dalam perlawanan badminton acara beregu. Bila dah terlalu minat,Linda pun sertai kelas badminton untuk jadi pemain professional sebab waktu tu,kat Malaysia tak ramai pemain badminton wanita kecuali Jamaliah Sidek je yang agak cemerlang namanya. So,Linda tanam cita-cita untuk jadi pemain badminton wanita negara. Tapi Linda pergi kelas tu senyap2 tanpa pengetahuan ayah. Bila ayah dapat tahu kelas tu mewajibkan pemain memakai shorts yang teramat short nya,ayah pun suruh Linda stop serta merta. Terbantutlah akhirnya cita-cita Linda....

Setelah Linda berusia 30 tahun,barulah Linda berkesempatan berjumpa dengan nama2 besar dalam dunia badminton ni. Tak sangka betul... :-) Kalaulah keluarga Sidek dapat 'lihat' kembali Linda di zaman dulu,mesti diorang pun tergelak tengok Linda. Apa taknya,asal musim badminton je,Linda sibuk dengan raket,tak perlu court badminton,kat depan warong ibu pun Linda layannnn main badminton.

Jumaat lepas,Linda bersama Yasmin Hani mewakili Astro untuk berentap bersama Jalani Sidek dan Raja Azmi bagi perlawanan amal membantu meringankan beban isteri kpd Datuk Misbun iaitu Datin Latifah yang bakal menjalani pembedahan buah pinggang.

Bawah - belum sempat tukar baju,tak tahan tengok court badminton...dengan seluar jeans pun jadik aaaahhhh... praktis...praktis... Biar kalah, kalah yang bermaruah...chewahhh

Sebelum 'kalah' , Linda dan Hani ditemubual oleh Astro. Ni kitorang tengah cerita strategi lah ni...

Hani...not bad! Pandai gaks main badminton. Foto sebelah,bersama Roslin Hashim. Baik orangnya..

Kak Raja Azmi- Kalau suami pemain badminton,isteri boleh ke main...? Hehe...itu namanya soalan nak sejukkan hati sendiri...

Linda sempat tanya taktik dan teknik yang betul dari Roslin Hashim...

Macamanalah tak jadi juara... Lihat sajalah pada ketinggian Abang Misbun ni... U r the best !

Ni Linda belajar cara2 balut pemegang raket. Kita tukar raket jom Rashid... Berharga tuuu...

Orang lain semua tengah dengar aturcara,Linda tak dapat menahan rasa bangga berdiri di tengah2 pemain2 negara.... dari kiri - Datuk Lee Chong Wei,Hafiz Hashim,Rashid Sidek,Linda,Hani,Jalani Sidek dan Datuk Misbun Sidek.

"U tengok ahh Linda,diorang ni tinggi sangat,camne kita nak menang?" , kata Hani... Linda hanya tersenyum memikirkan detik2 kekalahan. Hehe...

Sebelum acara bermula,ada senamrobik dan tarian poco-poco. Linda ni,nama je hos Sehati Berdansa,ajak joget poco-poco pun OUTTTTT !

Bawah- Anak buah. Ini adalah penyokong kuat Linda. Terus bersemangat nak lawan badminton ! Luv u..

Inilah dia pasangan Sehati Berdansa yang baru.. Hehe.. Good idea tu. Agaknya ini yang Kak Raja katakan pada Abg Jalani 'Bebudak ni sure ke nak lawan kita,bang?. Macam kacang je"

Jangan main-main Kak Raja,walaupun kami hanya pengacara tetapi semangat waja kami yang penting! Jom Hani ! Kita bertarunng habis-habisan !!!

OK,kita dah dapat mata. I serve ehh....

Cantikkan gambar ni? Muka Hani betul-betul kat taliraket Linda... fokus...fokus...

JALANI SIDEK / RAJA AZMI - 21

vs

LINDA ONN / YASMIN HANI - 7

Game tamat! Bersalam dulu ye.. Nasib baik Abang Jalani tak main smash...kalau tak,maunya kena 21-0 !

"sebenarnya kami dah cuba sedaya upaya...tapi...." Hehe...taklah,Hani dan Linda sedang menceritakan betapa kami bangga dapat bermain dengan Jalani Sidek...dan beramal...Kalah belakang cerita !!

Inilah dia orang yang tidak berjaya kutewaskan... Jalani Sidek...

Ingatkan Abang Misbun paling tinggi. Rasanya Hafiz Hashim lebih tinggikot ?!

Inilah dia Datin Latifah,isteri kepada Datuk Misbun Sidek. Moga cepat sembuh ye Datin. Ameen...

Terjumpa Along dari kumpulan Cham (Raja Lawak). 2 hari sebelum bergelar tunangan Zila Af.

Kesian Fifiq lapar... Linda jalankan tugas sebagai Mummy kejap ye...

Datuk Lee Chong Wei. Pemain nombor satu DUNIA ! Huh! Bangga tak terkata Linda...

Itulah hari yang terindah dalam hidup Linda minggu lepas. Terima kasih Astro sebab sudi panggil Linda untuk main badminton. Suatu penghargaan yang sangat besar. Kepada semua pemain badmintan negara,samada bekas atau yang masih bermain, "Majulah Badminton Untuk Negara". Linda masih ingat kata-kata itu daripada isteri Tun Mahathir,Dr Siti Hasmah.. Peace...