Sunday, November 9, 2008

SEKITAR RAKAMAN SEHATI BERDANSA

Jadual Linda sekarang memang padat. Mana yang nak bukak cawangan restoran baru,nak launch restoran sedia ada,nak jadi duta produk baru,nak cari boyfriend baru...ehem..eerrrr...(tu pun termasuk dalam senarai jadual ke?)....sudah semestinya !! ....dan banyak lagi lah.

Setiap hari Khamis,Linda perlu berada di studio 1,Astro seawal jam 4.30 ptg untuk rakaman Malam Sehati Berdansa. Siarannya ialah pada hari Sabtu , 9 malam di ASTRO RIA. Pada hari Ahad pulak , Linda dah siap-siap set rambut seawal jam 12 tengahari untuk rancangan 'live' Debaran Sehati Berdansa,pada pukul 9 malam.

Yok ! Linda bawa u all ke alam rakaman Sehatiiiiii Berdansaaaaa !!

Bawah - Kali ni,minggu ke-3 Sehati Berdansa..temanya ialah Street Dance / HIp Hop. So,Linda pun bergaya ala rapper...hehe...Check this out ! Ganas takk...ahauuuwww...

Linda nak ucapkan terima kasih kepada Nazri (mekap artis ASTRO) yang memang pandai mekap dan rajin. Tengok ni. Muka Linda ditampal berlian dengan huruf L-O."Errrr..Nazri,ni bukan susuk kan?" hehe...Manalah tau,kot-kot Swarovski ni termasuk pulak ke dalam muka.. Ish...

Memang di awal rancangan ni , Linda jadi rapper kejap.Ingat tak lagu 'Urban di Era bersama Lindaaaa'...? Kali ni,lagu ni diubah liriknya untuk Sehati Berdansa. Ni first time Linda rap & nyanyi kat TV tau... :-) Malu tau...

Ingat pasangan Sehati Berdansa je ada stunt? Linda pun ada tauuu...Ni,Linda terjun dari tingkat 3 tangga...hehe...senak kejap perut !

Cuba cari - mana satu Linda? Nama pun street dance... Ni wa lepak dengan member-member wa laaa ni... Wassup bro ! Apa di atas bro ?!

Cakkk !!

Pasangan Amyza & Khairil....I tell uuuu....macam Beyonce dan Jay z...Enjoy giler tengok diorang dance. Up ! Up! Bangun ! Show dah habis !

"Seterusnya...kita dengar apa komen juri..." Ni Linda tgh dgr komen juri..

Ni lah dia penyokong2 kuat Amyza dan Khairil...

OK,show dah tamat. Ni sesi bergambar dengan penonton. Hehe...diorang nak amik gambar dengan Missy L-O ... L to da O Helloooooo !!

Next..

Penat senyum. Gambar ni kita takyah senyum ye dik...

Next....

Next....

OK Linda! Kembalilah kamu ke alam realiti ! Buang topi..buang imej rap. Pakai cermin mata,bawak kereta sorang2 balik rumah. Awak tu dah ler rabun....kekeke... Peace and Out !!

OK,jom tengok gambar pada minggu kedua pulak . Bawah ni tengah bincang dengan penulis skrip SB.

Bersama Sasha dan Salyo !!

Bawah - Linda Jasmine dan Hamzah....juri tetap Sehati Berdansa....

Amyza,Khairil dan koreografer mereka ...

Garang sehhh muka Jamal Jamaluddin.....Takut ah!

Bawah ni pulak , pasangan pengantin baru...Khai dan Rosma....

Ni penghujung Debaran Sehati Berdansa....selepas diumumkan peserta yg tersingkir...

Hmmmm.....kami akan merindui anda berdua... Sharil Arsat dan Noraini tersingkir di minggu kedua.. Dahhh tak dapat tengok pemain bola beraksi... :-(

Teruskan sokongan untuk Sehati Berdansa...dan jangan lupa mengundi !! Bye!